awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Iran beri amaran kepada Israel

Agensi
Agensi
04/01/2024
01:00 MYT
Presiden Iran beri amaran kepada Israel
Presiden Iran, Ebrahim Raisi memberi amaran kepada Israel yang rejim Zionis itu perlu ‘membayar harga yang mahal’ terhadap setiap jenayah dilakukan mereka.
TEHRAN: Presiden Iran memberi amaran kepada Israel yang rejim Zionis itu perlu ‘membayar harga yang mahal’ terhadap setiap jenayah dilakukan mereka.
Dalam masa sama, Presiden Ebrahim Raisi menyalahkan Israel atas letupan berkembar yang membunuh lebih 100 orang di tenggara Iran pada Rabu.
“Saya memberi amaran kepada rejim Zionis. Jangan ragu-ragu bahawa kamu akan membayar harga yang tinggi untuk jenayah ini dan jenayah yang telah anda lakukan,” kata Raisi dalam ucapan beliau yang disiarkan di televisyen.
Raisi, yang merupakan ketua kerajaan Iran memberi amaran bahawa hukuman yang akan dikenakan ke atas Israel juga sesuatu yang akan “dikesali dan berat."
Kepada agensi berita CNN, “tiada komen” dikeluarkan angkatan pertahanan Israel mengenai letupan di Iran.
Sehingga kini juga, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas letupan yang digelar Iran sebagai "serangan pengganas."
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matt Miller memberitahu wartawan bahawa AS tidak "mempunyai maklumat bebas" mengenai letupan itu dan Jabatan Negara juga "tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Israel terlibat."
Dalam serangan terbaharu semalam, sekurang-kurangnya 103 orang terbunuh, manakala 188 lagi cedera dalam kejadian letupan berkembar berhampiran kubur komander tentera yang dibunuh, Qasem Soleimani di bandar Kerman, Iran.
Letupan pertama berlaku dalam jarak 2,300 kaki (700 meter) dari kubur Qasem, manakala yang kedua berlaku 0.6 batu (1 kilometer) dari kawasan tersebut semasa pengunjung melawat tapak kubur itu.
Qasem terbunuh oleh serangan udara AS yang diarahkan oleh bekas Presiden Donald Trump di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad empat tahun lalu. - Agensi
Topic Berkaitan
#100 maut
#letupan berkembar di Iran
#Israel
#Qasem Soleimani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan