awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Korea Selatan adakan lawatan mengejut ke Ukraine

Bernama
Bernama
15/07/2023
11:42 MYT
Presiden Korea Selatan adakan lawatan mengejut ke Ukraine
Awal Sabtu, Yoon melawat tapak pembunuhan besar-besaran di Bucha, dekat Kyiv, sebelum melawat Irpin, kawasan kediaman orang awam yang menjadi sasaran serangan peluru berpandu. - Foto ihsan 'Ukrainian Office of the Prosecutor General' via REUTERS
WARSAW: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol membuat lawatan mengejut ke Ukraine pada Sabtu, sekali gus menghantar isyarat jelas bahawa sokongan diberikan kepada negara yang dilanda perang itu.
Yoon dan wanita pertama Kim Keon Hee tiba di Ukraine berikutan lawatan rasmi tiga hari ke Poland, lapor agensi berita Yonhap menurut setiausaha kanan presiden bagi hal ehwal media Kim Eun Hye.
Beliau akan bertemu dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy kemudian hari dan berkemungkinan membincangkan bagaimana Korea Selatan boleh memberikan bantuan tambahan.
Awal Sabtu, Yoon melawat tapak pembunuhan besar-besaran di Bucha, dekat Kyiv, sebelum melawat Irpin, kawasan kediaman orang awam yang menjadi sasaran serangan peluru berpandu berskala besar, kata setiausaha akhbar itu.
Yoon telah menunjukkan sokongan padu terhadap Ukraine selaras dengan kempennya yang memperjuangkan kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.
Korea Selatan telah menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Ukraine dalam krisis yang berlarutan dengan Rusia tetapi menafikan permintaan negara itu untuk bekalan senjata berbahaya.
Ini akan menjadi pertemuan Yoon-Zelenskyy kedua selepas perjumpaan di luar sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima, Jepun, pada Mei.
Lawatan Yoon ke Ukraine dibuat pada penghujung lawatannya ke Poland.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Korea Selatan
#lawatan mengejut
#Ukraine
#Volodymyr Zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan