awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Peru akan berkunjung ke Malaysia pada akhir tahun ini - PM

Bernama
Bernama
14/11/2024
01:00 MYT
Presiden Peru akan berkunjung ke Malaysia pada akhir tahun ini - PM
Dina Ercilia Boluarte Zegarra menyambut ketibaan Anwar di Istana Kerajaan di Lima Peru pada Rabu. Ini merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke negara Amerika Latin itu sejak menyandang jawatan berkenaan pada 2022. - Gambar Bernama
LIMA (PERU): Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra telah menerima jemputan beliau untuk berkunjung ke Malaysia dan akan berbuat demikian pada akhir tahun ini.
"Saya telah menjemput Presiden Dina Ercilia untuk berkunjung ke Malaysia dan beliau menerima jemputan saya," katanya selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin itu di Istana Kerajaan di sini pada Rabu.
Beliau juga berkata, mesyuarat itu adalah susulan pertemuan pertama mereka di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC di San Francisco, Amerika Syarikat pada November 2023.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke negara Amerika Latin itu sejak menyandang jawatan berkenaan pada 2022.
Lawatan Anwar, termasuk penyertaan beliau dalam Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 dari 14 hingga 16 Nov, dijangka memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Peru.
Peru, sebuah negara di barat Amerika Selatan, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara dan Brazil di timur.
Lima, ibu negara Peru dengan populasi 11.36 juta, menjadi tuan rumah mesyuarat APEC buat kali ketiga selepas 2008 dan 2016. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Peru
#Dina Ercilia Boluarte Zegarra
#lawatan rasmi
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan