awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Senegal tangguh pilihan raya kerana ketegangan politik

Agensi
Agensi
04/02/2024
02:45 MYT
Presiden Senegal tangguh pilihan raya kerana ketegangan politik
Presiden Senegal, Macky Sall telah menangguhkan pilihan raya bulan ini susulan aduan berpuluh-puluh calon dihalang daripada bertanding.
DAKAR: Presiden Senegal, Macky Sall telah menangguhkan pilihan raya bulan ini susulan aduan berpuluh-puluh calon dihalang daripada bertanding.
Presiden selama dua penggal itu mengulangi keputusannya tidak akan bertanding semula, namun, tidak menetapkan tarikh baharu.
Di tengah-tengah krisis berkenaan, sebuah Majlis Perlembagaan telah menghalang beberapa calon termasuk beberapa ahli politik berprofil tinggi daripada bertanding.
Menurut Sall, "keadaan bermasalah ini boleh menjejaskan" undi.
Sall berkata, beliau akan memulakan "dialog nasional terbuka... untuk mewujudkan syarat bagi pilihan raya yang bebas, telus dan inklusif di Senegal yang aman dan damai."
Seorang calon pembangkang menggelar keputusan Presiden untuk menangguhkan pilihan raya sebagai rampasan kuasa berperlembagaan.
Sehubungan itu, Khalifa Sall, bekas datuk bandar ibu negara Dakar menggesa orang ramai membantah tindakan itu dan gabungan politiknya telah berjanji untuk membawa kes itu ke mahkamah.
Sebuah pertubuhan ulama Islam yang berpengaruh pula telah memberi amaran supaya tidak menangguhkan pengundian kerana tindakan itu berisiko menggugat kestabilan negara.
Tindakan untuk menangguhkan pilihan raya tidak pernah berlaku sebelum ini di negara yang dilihat sebagai salah satu negara demokrasi paling stabil di rantau Afrika Barat.
Dalam satu kenyataan, Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (Ecowas) melahirkan kebimbangannya terhadap situasi itu.
Ecowas juga menggesa "pihak berkuasa yang berwibawa untuk mempercepatkan pelbagai proses" dan menetapkan tarikh baharu untuk pilihan raya. - Agensi
Topic Berkaitan
#pilihan raya Senegal
#Presiden Macky Sall
#ketegangan politik
#Senegal tangguh pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan