awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember

Bernama
Bernama
01/11/2023
14:35 MYT
Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember
Aleksandar Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
BELGRADE: Presiden Serbia Aleksandar Vucic menandatangani dekri pada Rabu untuk membubarkan parlimen berdasarkan cadangan kerajaan, dan menetapkan pilihan raya parlimen luar biasa pada 17 Dis, lapor Xinhua.
Kerajaan pada Isnin menghantar cadangan kepada Vucic supaya membubarkan parlimen yang dipilih pada 3 April 2022, selepas menerima pemintaan daripada orang awam dan parti pembangkang yang menggesa pilihan raya baharu luar biasa untuk memilih anggota-anggota perwakilan yang baharu.
Selain pilihan raya parlimen luar biasa, pengundian awal juga akan berlangsung pada hari yang sama untuk Dewan Bandaraya Belgrade dan 64 majlis perbandaran lain.
Selepas menandatangani dekri di pejabat presiden, Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
"Kita hidup dalam masa yang sukar di seluruh dunia, dalam masa cabaran global, peperangan dan konflik, yang memerlukan kita untuk bersatu dalam perjuangan untuk memelihara kepentingan negara, khususnya Republik Serbia," katanya.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Serbia
#Aleksandar Vucic
#bubar parlimen
#pilihan raya serbia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan