awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses penyediaan dokumentasi untuk China tandatangan protokol SEANWFZ berjalan lancar - Mohamad

Bernama
Bernama
28/09/2025
03:00 MYT
Proses penyediaan dokumentasi untuk China tandatangan protokol SEANWFZ berjalan lancar - Mohamad
Mohamad ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025 di New York, 27 Sept 2025. --fotoBERNAMA
NEW YORK: Proses penyediaan dokumentasi untuk negara China menandatangani protokol Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) setakat ini berjalan lancar, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Berkongsi mengenai perkembangan itu, Mohamad menegaskan ia merupakan satu proses yang panjang bagi menandatangani protokol terbabit.
"Ketika ini perkembangannya amat baik, malah keputusan China yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menandatangani protokol SEANWFZ tanpa sebarang syarat itu amat kita (ASEAN) alu-alukan.
"Selepas kenyataan China itu, negara lain seperti Amerika Syarikat sudah mula menyatakan bahawa mereka juga mahu menandatangani (SEANWFZ) dan tidak lagi meletakkan syarat-syarat," katanya.
Mohamad berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini pada Sabtu selepas selesai menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025.
Pada Julai lepas, Mohamad pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 di Kuala Lumpur berkata China menzahirkan komitmen untuk menandatangani perjanjian SEANWFZ tanpa sebarang syarat, dan ia akan dilakukan sebaik semua proses dokumentasi selesai.
Perjanjian SEANWFZ, atau Perjanjian Bangkok, ditandatangani pada Disember 1995 oleh negara anggota ASEAN sebagai komitmen menjadikan Asia Tenggara zon bebas senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran. Ia mula berkuat kuasa pada Mac 1997.
SEANWFZ merupakan satu daripada lima Zon Bebas Senjata Nuklear (NWFZ) di dunia, selain zon di Amerika Latin, Caribbean, Pasifik Selatan, Afrika, dan Asia Tengah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Mohamad Hasan
#SEANWFZ
#Perjanjian Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan