awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU Singapura: 48 peratus mengundi setakat 12 tengah hari

Bernama
Bernama
03/05/2025
07:18 MYT
PRU Singapura: 48 peratus mengundi setakat 12 tengah hari
Pengundi sedang memilih antara 11 parti politik dan dua calon Bebas yang bertanding bagi merebut baki 92 kerusi Parlimen di 32 kawasan pilihan raya. - Foto Bernama
SINGAPURA: Seramai 1,261,449 rakyat Singapura telah mengundi di 1,240 pusat pengundian di seluruh negara setakat 12 tengah hari Sabtu, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Ringkasan AI
  • Sebanyak 48 peratus daripada 2.6 juta pengundi berdaftar di Singapura telah mengundi setakat tengah hari, memilih antara 11 parti politik dan dua calon Bebas untuk merebut 92 kerusi Parlimen.
  • Pusat pengundian beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam, termasuk 10 pusat pengundian luar negara di bandar seperti London, New York, dan Tokyo.
  • Aliran trafik keluar di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas amat sesak, dengan pengembara dijangka mengalami kelewatan sehingga lima jam.

Dalam kemas kini menerusi saluran media sosialnya, jabatan itu memaklumkan jumlah berkenaan mewakili kira-kira 48 peratus daripada 2,627,026 pengundi berdaftar di semua kawasan pilihan raya yang dipertandingkan.
Pengundi sedang memilih antara 11 parti politik dan dua calon Bebas yang bertanding bagi merebut baki 92 kerusi Parlimen di 32 kawasan pilihan raya.
Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah memenangi lima kerusi tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Marine Parade-Braddell Heights pada hari penamaan calon.
Pusat pengundian dibuka dari 8 pagi hingga 8 malam. Mengundi adalah satu kewajipan di Singapura.
Selain pengundian dalam negara, 10 pusat pengundian luar negara turut beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam waktu tempatan di bandar masing-masing, namun tidak boleh melebihi waktu penutupan rasmi di Singapura.
Pusat-pusat pengundian itu terletak di Dubai, London, Washington D.C., New York, San Francisco, Canberra, Tokyo, Beijing, Hong Kong dan Shanghai.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan SIngapura (ICA) dalam kemas kini di Facebook pada tengah hari tadi memaklumkan bahawa aliran trafik keluar di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pagi ini adalah amat sesak.
Pengembara dijangka berdepan kelewatan sehingga lima jam dan dinasihatkan memeriksa keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU Singapura
#jumlah mengundi
#pilihan raya
#PAP
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami