SEKURANG-KURANGNYA 10 mangsa dilaporkan terbunuh, manakala puluhan lagi terperangkap akibat kejadian tanah runtuh di utara india.

Menurut pihak berkuasa India, sebuah bas, trak dan beberapa kereta lain yang melalui kawasan itu turut tertimbus di bawah tanah lumpur dan beberapa batu besar.

14 mangsa berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan.

Manakala, sekurang-kurangnya, 30 lagi dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan itu, sebahagian besarnya adalah penumpang bas.

Kejadian berlaku di wilayah Kinnaur, yang terletak 600 kilometer di utara New Delhi.

Kejadian runtuhan itu berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa minggu lalu.

Menurut laporan, kejadian seperti tanah runtuh dan banjir adalah perkara biasa di India apabila menjelang musim tengkujuh iaitu dari Jun hingga September.