Skip to main content

Dunia

Puluhan ribu pelajar Jerman bantah khidmat tentera wajib

A demonstrator holds a placard during a protest against the potential return of military conscription, on the day of the 81st anniversary of the end of World War II, also known as Victory in Europe (VE) Day, outside of the Christian Democratic Union (CDU) headquaters, in Berlin, Germany, May 8, 2026. Military service in the Bundeswehr currently remains voluntary but the new law on modernising military service introduces an obligation for male German citizens turning 18 to provide information on their physic
Protes itu bukan tindakan pertama di peringkat kebangsaan menentang khidmat tentera. - Foto REUTERS

BERLIN: Puluhan ribu pelajar sekolah berarak di beberapa bandar di seluruh Jerman pada Jumaat bagi membantah kemungkinan pelaksanaan semula khidmat tentera wajib, lapor agensi berita Jerman dpa

Perhimpunan dan demonstrasi berlangsung di puluhan bandar di bawah slogan “Mogok sekolah bantah khidmat tentera wajib”, bertepatan ulang tahun tamatnya Perang Dunia Kedua pada 8 Mei.

Polis di Berlin memaklumkan kira-kira 1,200 peserta menyertai perarakan di ibu negara itu dari Gerbang Brandenburg ke ibu pejabat parti konservatif Canselor Friedrich Merz sambil membawa plakad bertulis “Pendidikan bukannya bom” dan “Berlin bukannya barisan hadapan”. Penganjur pula menganggarkan jumlah peserta seramai 5,000 orang.

Di bandar utara Hamburg, penganjur berkata kira-kira 6,000 orang berarak di jalan raya, manakala polis menganggarkan sekitar 2,300 peserta.

Protes itu bukan tindakan pertama di peringkat kebangsaan menentang khidmat tentera. Pada awal Mac, kira-kira 50,000 golongan muda menyertai mogok sekolah membantah kerahan tentera dan semua bentuk khidmat wajib di kira-kira 150 bandar di seluruh negara.

Jerman memperkenalkan semula program khidmat tentera secara sukarela tahun lalu dalam usaha meningkatkan jumlah anggota tentera susulan perang Rusia-Ukraine dan sasaran baharu NATO.

Undang-undang yang berkuat kuasa pada 1 Jan itu bertujuan merekrut sukarelawan bagi memperluas angkatan tentera. Bagaimanapun, jika sasaran pengambilan gagal dicapai, parlimen boleh memutuskan untuk melaksanakan semula khidmat tentera wajib.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video