Puluhan ribu penduduk di Maghribi dipindahkan akibat hujan lebat

Lebih 154,000 penduduk di wilayah utara Maghribi terjejas akibat bencana itu. - Reuters
KAHERAH: Puluhan ribu penduduk sedang dipindahkan dari kediaman masing-masing di Maghribi selepas hujan lebat melanda negara itu sejak beberapa hari lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pihak berkuasa.
Lebih 154,000 penduduk di wilayah utara Maghribi terjejas akibat bencana itu, lapor agensi berita rasmi MAP yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Ahad.
Bandar Ksar al-Kebir yang terletak di timur laut ibu negara Rabat merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas. Menurut laporan itu, sebahagian besar penduduk di kawasan berkenaan telah dipindahkan susulan paras air yang semakin meningkat.
Akses ke beberapa buah kampung di wilayah terbabit turut terputus selepas Sungai Sebou melimpah akibat hujan lebat yang berterusan.
Pada Disember lepas, seramai 37 orang dilaporkan maut akibat hujan lebat dan banjir yang melanda negara itu.
Hujan lebat kali ini berlaku selepas Maghribi berdepan dengan masalah kemarau teruk serta kekurangan taburan hujan selama beberapa tahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


