WASHINGTON: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan berpuluh-puluh lagi dimasukkan ke hospital akibat puting beliung yang melanda Arkansas di Amerika Syarikat, lapor Sputnik.

Satu kematian dilaporkan di North Little Rock manakala dua lagi dilaporkan di bandar Wynne, menurut ABC News pada Jumaat, memetik pihak berkuasa tempatan.

Gabenor Arkansas Sarah Huckabee Sanders mengisytiharkan darurat selepas bencana itu turut menyebabkan lebih 80,000 penduduk terputus bekalan elektrik pada Jumaat.

Menurut laporan The New York Times bumbung di sebuah bangunan teater di Belvidere, Illinois, runtuh menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan hampir 30 yang lain cedera.

Selain Arkansas dan Illinois, puting beliung turut melanda Tennessee, Wisconsin, Iowa dan Mississippi.

-- BERNAMA