awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar hantar dua lagi pesawat bantuan ke Syria pasca-Assad

Bernama
Bernama
30/12/2024
15:03 MYT
Qatar hantar dua lagi pesawat bantuan ke Syria pasca-Assad
Qatar setakat ini telah menghantar tujuh pesawat bantuan ke Turkiye, Lubnan dan Jordan untuk dihantar ke Syria melalui laluan darat.
ISTANBUL: Qatar menghantar dua pesawat kargo yang membawa bantuan kemanusiaan ke Syria pada Isnin sebagai sebahagian daripada pengangkutan udaranya ke negara itu berikutan kejatuhan rejim Bashar al-Assad, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kementerian Luar Qatar berkata sebuah pesawat yang membawa bantuan teknikal dan kemanusiaan kepada rakyat Syria tiba di Lapangan Terbang Damsyik.
Kementerian itu berkata bantuan teknikal itu akan digunakan untuk mengaktifkan semula lapangan terbang itu bagi memastikan aliran bantuan masuk ke Syria.
"Bantuan ini merupakan sebahagian daripada operasi penghantaran udara Qatar untuk menyampaikan bantuan kepada saudara kita di Syria dan membantu menangani keadaan kemanusiaan mereka," tambahnya.
Persatuan Bulan Sabit Merah Qatar juga berkata sebuah lagi pesawat bantuan tiba di ibu negara Lubnan, Beirut untuk dipindahkan ke Damsyik.
Persatuan itu berkata pesawat itu sarat dengan 33 tan bantuan kemanusiaan, termasuk selimut dan bungkusan makanan.
Qatar setakat ini telah menghantar tujuh pesawat bantuan ke Turkiye, Lubnan dan Jordan untuk dihantar ke Syria melalui laluan darat.
Bashar Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim menguasai Damsyik pada 8 Disember, menandakan berakhirnya pemerintahan Parti Baath, yang telah berkuasa sejak 1963.
Pengambilalihan itu berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham menawan bandar utama dalam serangan kilat yang berlangsung kurang daripada dua minggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qatar
#bantuan kemanusiaan
#Syria
#lapangan terbang damsyik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan