awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Operasi ketenteraan di Iran perlu dihentikan supaya IAEA dapat nilai keadaan - Ketua Pengarah
MALAYSIA
TPM Fadillah adakan pertemuan dua hala dengan dua pemimpin Uzbekistan
MALAYSIA
Raja Perlis kurnia darjah kebesaran, pingat negeri kepada 185 penerima
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Qatar tutup sementara ruang udara susulan ketegangan serantau yang memuncak

Bernama
Bernama
23/06/2025
18:26 MYT
Qatar tutup sementara ruang udara susulan ketegangan serantau yang memuncak
Qatar menutup sementara ruang udaranya pada Isnin malam susulan ketegangan yang terus memuncak di rantau ini, menurut Kementerian Luar negara Teluk itu. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Qatar menutup sementara ruang udaranya pada Isnin malam susulan ketegangan yang terus memuncak di rantau ini, menurut Kementerian Luar negara Teluk itu, lapor Anadolu Ajansi.

Ringkasan AI
  • Qatar menutup sementara ruang udaranya pada Isnin malam demi keselamatan rakyat dan pelawat susulan ketegangan serantau yang memuncak.
  • Tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga selepas serangan AS ke atas tiga kemudahan nuklear Iran.
  • Pihak berkuasa Qatar sedang memantau situasi secara rapat dan akan maklumkan perkembangan melalui saluran rasmi.

Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata langkah berkenaan diambil bagi memastikan keselamatan rakyat, penduduk dan pelawat di negara itu.
"Selaras dengan komitmen Qatar terhadap keselamatan semua individu di wilayahnya, pihak berkuasa berkaitan telah memutuskan untuk menggantung sementara navigasi udara di ruang udara negara ini," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu menegaskan bahawa keputusan berkenaan adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang lebih meluas berikutan keadaan serantau yang semakin meruncing.
BACA: Iran lancar peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Qatar
Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa Qatar sedang "memantau situasi secara dekat dan berterusan" serta "menilai perkembangan bersama rakan serantau dan antarabangsa."
Kementerian itu berkata orang ramai akan dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan menerusi saluran rasmi.
"Keselamatan dan kesejahteraan semua individu di Qatar terus menjadi keutamaan," kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa negara Teluk itu tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan langkah perlindungan yang diperlukan.
Ketegangan serantau memuncak pada Ahad selepas Amerika Syarikat (AS) mengebom tiga kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Qatar
#konflik Israel-Iran
#tutup ruang udara
#peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami