awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Charles 'dicemuh' ketika berjabat tangan dengan orang awam

Astro Awani
Astro Awani
17/09/2022
07:23 MYT
Raja Charles 'dicemuh' ketika berjabat tangan dengan orang awam
Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peningkatan kos sara hidup kepada Raja Charles III yang hadir berjabat tangan dengan orang awam - Foto/Video Sky News
PERHATIAN nampaknya terus terarah kepada Raja Charles III yang telah dinobatkan sebagai pemerintah Britain aharu di susulan kemangkatan ibundanya, Ratu Elizabeth II pada 8 September lalu.
Di sebalik ribuan orang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ratu Elizabeth II, kesempatan itu juga digunakan oleh segelintir individu untuk 'meluahkan perasaan' terhadap peningkatan kos sara hidup di Britain.
Situasi tersebut berlaku pada Jumaat apabila Putera Charles, 73, seperti dicemuh oleh seorang individu yang tidak dikenali ketika mengadakan pertemuan dengan orang awam di Cardiff, United Kingdom (UK).
Menerusi satu rakaman video yang dikongsi Sky News, putera tertua kepada mendiang Ratu Elizabeth II itu dilihat berjalan ke arah orang ramai yang menunggu untuk berjabat tangan dengan baginda.
Bagaimanapun, seorang lelaki kedengaran bertanya kepada raja itu mengenai kenaikan kos tenaga dan harga yang dibayar oleh pembayar cukai British kepada keluarga diraja.
"Ketika kami bergelut untuk memanaskan rumah kami, kami perlu memberi penghormatan. Pembayar cukai membayar 100 juta Pound (RM517.704 juta) untuk anda, untuk apa?" kata pemuda itu.
"While we struggle to heat our homes, we have to pay for your parade." During his visit to Cardiff today, King Charles was heckled over taxpayers' money. Latest: https://t.co/BP4jNj9xyT pic.twitter.com/1YflX4up5O
— Sky News (@SkyNews) September 16, 2022
BACA: Beckham beratur lebih 13 jam beri penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II
Begitupun, tidak kedengaran dengan jelas respons yang diberikan oleh Raja Charles terhadap kenyataan lelaki itu.
Baginda dilihat terus bergerak dan berjabat tangan dengan orang awam yang berada di lokasi.
Memetik media antarabangsa pada musim sejuk lalu, isi rumah membayar sekitar 1,277 Pound setahun untuk caj tenaga, manakala pada musim sejuk ini ia dijangka meningkat kepada 1,971 Pound.
Kerajaan Britain sebelum ini mengumumkan pakej sokongan kos sara hidup dengan isi rumah bakal mendapat potongan lebih 60 Pound (RM325) dalam bil tenaga setiap bulan sepanjang musim sejuk.
Istiadat pengebumian Ratu Elizabeth II dijadual berlangsung pada 19 September ini.
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II mangkat
#Istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II
#Raja Charles III
#kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan