TEL AVIV: Ribuan rakyat Israel berkumpul di Tel Aviv bagi membantah kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan menuduh pemimpin veteran itu silap dalam mengendalikan keselamatan negara.

Bantahan mega itu turut menggesa pilihan raya baharu diadakan.

Protes anti-kerajaan sepanjang 2023 terhenti selepas serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober lalu.

Keretakan politik telah diketepikan ketika rakyat Israel berhimpun di belakang tentera dan keluarga mereka yang terbunuh atau dijadikan tebusan.

Dengan perang yang dahsyat di Gaza pada bulan keempat dan tinjauan pendapat menunjukkan sokongan meredum untuk Netanyahu, gesaan perubahan kepimpinan semakin meningkat.

Ini dicerminkan dengan kehadiran ribuan penunjuk perasaan pada Sabtu malam di dataran tengah Tel Aviv.

Walaupun orang ramai jauh lebih kecil daripada yang dilihat tahun lalu, ia masih dihadiri beribu-ribu peserta protes.