BANGKOK: Ramai rakyat Thailand mengambil keputusan untuk tidak meraikan pestra tradisi mereka, kerana khuatir pada trend penularan COVID-19 di negara itu.
Portal berita Bangkok Post melaporkan, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, kebanyakan daripada rakyat tempatan merancang untuk melupakan keseronokan pesta air atau festival Songkran pada tahun ini.
Peratusan besar lagi menunjukkan bahawa mereka tidak pasti sama ada mereka mahu meraikannya, memandangkan angka jangkitan koronavirus di Negara Gajah Putih itu semakin meningkat.
Dapatan itu merupakan rumusan daripada tinjauan pendapat yang dijalankan pihak Universiti Suan Dusit Rajabhat.
Tinjauan pendapat itu telah dilakukan secara dalam talian ke atas 1,324 orang dari seluruh negara dari 3 hingga 9 April lalu.
Ia selepas kerajaan mengumumkan bahawa aspek tradisional Songkran boleh diteruskan dengan menerapkan amalan norma baharu bagi menghindari jangkitan COVID-19.
Ditanya sama ada mereka mahu menyertai pesta setempat yang dianjurkan, sebanyak 43.88 peratus menyatakan "Tidak", 33.31 peratus menjawab "Tidak pasti", manakala hanya 22.81 peratus menjawab mereka mahu meneruskannya.
Kemudian, apabila ditanya apa yang mereka akan lakukan untuk mengingati tradisi Songkran semasa tempoh pandemik, dengan setiap responden diberi pilihan lebih daripada satu jawapan, ini keputusan tinjauan pendapat itu:
Sebanyak 64.82 peratus hanya akan menjalankan upacara rod nam dam hua untuk orang tua dalam keluarga; 63.28 peratus mahu habiskan masa bersama keluarga di rumah; 53.66 peratus mahu menderma kepada sami; 52.50 mahu memandikan patung Buddha mereka; dan 37.64 peratus akan mengekalkan tradisi Thai itu.
Berkenaan perbelanjaan individu untuk Songkran pada tahun ini, 55.86 peratus memberitahu tidak lebih 3,000 Baht (RM394); 25.49 peratus membelanjakan 3,001 hingga 5,000 Baht (RM395-660); dan 18.65 peratus menetapkan belanja lebih 5,000 Baht.
Sementara itu, beberapa pihak berkuasa wilayah sudahpun membatalkan penganjuran acara Songkran pada yang sepatutnya disambut pada 13 hingga 15 April ini.
Salah satunya adalah bekas ibu negara Thailand, iaitu Ayutthaya. Gabenornya, Panu Yaemsri, telah mengelurkan arahan supaya semua perancangan untuk menyambut festival itu dibatalkan.
Agensi
Sun Apr 11 2021
Tiada sambutan tahun ini. Kebanyakan rakyat Thai sedia meraikan tradisi Songkran dengan menghabiskan waktu kualiti bersama keluarga masing-masing di rumah. - Gambar fail
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
Ratusan masyarakat Siam mandi air, sambutan Songkran meriah di Pulau Pinang
Songkran atau Tahun Baharu Thai disambut meriah oleh masyarakat keturunan Siam di Pulau Pinang dengan meneruskan tradisi pesta air dan mengunjungi kuil Wat Chaiyamangalaram.
Sambutan Songkran untuk gerak tenaga kukuh perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menyeru rakyat supaya menyingkirkan fitnah, prejudis dan sentimen yang memecah belah, sekali gus merugikan semua pihak.
Ribuan pengunjung "bertempur" menggunakan air sempena pesta Songkran
Cuti umum sempena Songkran tahun ini adalah yang terpanjang selepas Kabinet Thailand meluluskan cuti lima hari dari 12 hingga 16 April.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UNESCO perakui Songkran sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan
Songkran, perayaan Tahun Baharu tradisional Thailand, mendapat pengiktirafan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH).
Thailand kembali raikan Songkran berskala penuh selepas COVID-19
Thailand kembali meraikan perayaan Songkran secara besar-besaran selepas tiga tahun dilanda pandemik COVID-19.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran
Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan dilimpahi dengan keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang menyambutnya.
COVID-19: PM Thailand arah tingkat persediaan pasca Songkran
Antara persediaan yang perlu dilakukan kementerian dan agensi ialah menyediakan lebih banyak katil dan pusat pengasingan komuniti.
Hatyai sunyi dan lengang menjelang Songkran
Masih lengang dan sunyi walaupun pintu sempadan darat Sadao-Bukit Kayu Hitam telah dibuka bermula 1 April.
Pesta Songkran kembali di Thailand, namun lebih sederhana
Thailand akan kembali meraikan pesta air Songkran buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun pada April ini, namun dengan garis panduan tertentu.