awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth II mangkat: 96 das tembakan meriam dilepaskan

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2022
00:15 MYT
Ratu Elizabeth II mangkat: 96 das tembakan meriam dilepaskan
Istiadat meriam itu menandakan bermulanya upacara rasmi penghormatan terakhir selama 10 hari terhadap mendiang Ratu Elizabeth II. - Foto AP
LONDON: 96 das tembakan meriam menggegarkan seluruh wilayah di United Kingdom dan naungannya pada Jumaat.
Ia menandakan tutupnya usia Ratu Elizabeth II, sebagai raja pemerintah paling lama negara itu.
Istiadat meriam itu juga menandakan bermulanya upacara rasmi penghormatan terakhir selama 10 hari terhadap mendiang Ratu Elizabeth II yang mangkat pada Khamis.
Di London, bendera separuh tiang dan potret raja paling lama memerintah Britain itu digantung di stesen bas di seluruh bandar, manakala kedai-kedai tertentu memasang reben hitam di luar tingkap.
Ratu Elizabeth II adalah raja paling lama memerintah Britain dan simbol keteguhan dalam era bergolak yang menyaksikan kemerosotan empayar British dan kucar-kacir dalam keluarganya sendiri.
Pada masa yang sama, Parlimen British mengadakan sidang khas untuk memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II.
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#meriam
#das tembakan
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan