Skip to main content

Dunia

Ratusan ribu hadir solat jenazah Allahyarham Ali Khamenei di Tehran

Mourners pray during a public farewell ceremony to pay their respects to late Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei, who was killed on February 28 in Israeli and U.S. airstrikes, at the Imam Khomeini Grand Mosalla, in Tehran, Iran July 4, 2026. REUTERS/Alkis Konstantinidis
Agensi berita rasmi Iran IRNA melaporkan solat jenazah itu diimamkan Ayatollah Jafar Sobhani yang merupakan antara ulama kanan negara berkenaan. -Gambar Reuters
Advertisement

TEHRAN: Solat jenazah bagi Allahyarham Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei bermula hari ini di ibu negara Iran dengan kehadiran ratusan ribu rakyat yang berhimpun untuk memberikan penghormatan terakhir.

Agensi berita rasmi Iran IRNA melaporkan solat jenazah itu diimamkan Ayatollah Jafar Sobhani yang merupakan antara ulama kanan negara berkenaan.

 

 

Selain Khamenei, upacara tersebut turut melibatkan solat jenazah ke atas empat anggota keluarganya yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat dan Israel pada Februari lalu.

Antara pemimpin tertinggi negara yang hadir ialah Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Speaker Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf dan Ketua Kehakiman Gholamhossein Mohseni Ejei.

Turut menyertai saf solat jenazah ialah Komander Pasukan Quds di bawah Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Esmail Qaani.

Perhimpunan besar-besaran itu menandakan permulaan istiadat pengebumian negara yang dijadual berlangsung sehingga 9 Julai, sebelum Allahyarham dikebumikan di Mashhad selepas beberapa acara penghormatan di Tehran dan Qom.

Must Watch Video

Advertisement