awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja didakwa rancang serangan semasa Olimpik di Paris

Bernama
Bernama
22/06/2024
15:06 MYT
Remaja didakwa rancang serangan semasa Olimpik di Paris
Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos. - AP
MOSCOW: Seorang remaja berusia 19 tahun di Perancis didakwa merancang serangan ketika kejohanan Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024 dan kini ditahan, lapor Sputnik memetik penyiar Perancis BFMTV pada Sabtu.
Remaja yang tinggal di wilayah Ile-de-France itu dituduh melakukan konspirasi jenayah serta membeli dan memiliki senjata untuk tujuan keganasan.
Pihak berkuasa mengesyaki remaja berkenaan mempunyai kaitan dengan seorang remaja bawah umur yang ditahan pada 13 Jun.
Kedua-dua remaja itu disyaki berhubung melalui media sosial untuk merancang tindakan keganasan.
Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos, manakala Sukan Paralimpik akan diadakan dari 28 Ogos hingga 8 September.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja
#rancang keganasan
#serangan
#Olimpik
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan