awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan terjejas akibat ribut di AS

Agensi
Agensi
22/03/2018
23:40 MYT
Ribuan terjejas akibat ribut di AS
Ribut yang melanda juga menyaksikan salji tebal melitupi kebanyakkan kawasan di daerah berkenaan. - REUTERS/Leah Millis
Ribuan penduduk terpaksa hidup tanpa bekalan elektrik di New Jersey Amerika Syarikat selepas ribut yang membadai negara itu buat kali keempat dalam tempoh tiga minggu.
Ribut yang melanda juga menyaksikan salji tebal melitupi kebanyakkan kawasan di daerah berkenaan.
Menurut salah seorang penduduk ribut yang berlaku merupakan antara yang terburuk pernah dialami mereka.
“Ini merupakan musim sejuk yang sangat teruk. Awal musim keadaan agak baik namun menjadi semakin buruk sejak bulan lepas,” kata seorang penduduk Sandra Nepoleon ketika ditemui media.
Kebanyakan pejabat kerajaan di daerah itu juga terpaksa ditutup namun Gabenor Demokrat Phil Murphy berkata ia akan dibuka semula pada Khamis.
Puluhan sekolah juga terpaksa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sesi pembelajaran.
Bekalan elektrik yang terputus di negeri itu menjejaskan rutin harian lebih 75,000 pengguna di New Jersey.
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#kerajaan
#Media
#Penduduk
#ribut
#salji
#sekolah
#tebal
#teruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan