awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump gesa pelaburan minyak AS$100 bilion di Venezuela, Exxon ragui kebolehlaburan negara itu
Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag dibuka
FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut Goretti landa Perancis barat, 380,000 orang terputus bekalan elektrik

Bernama
Bernama
09/01/2026
11:52 MYT
Ribut Goretti landa Perancis barat, 380,000 orang terputus bekalan elektrik
Orang ramai memeriksa jadual perjalanan di stesen kereta api Saint-Lazare di paris, ketika ribut Goretti mencetuskan gangguan bekalan kuasa. - Reuters
BRUSSELS: Ribut Goretti melanda barat Perancis sepanjang malam, membawa angin kencang, banjir di kawasan pantai dan gangguan meluas, menyebabkan kira-kira 380,000 isi rumah terputus bekalan elektrik, menurut pengendali grid Perancis, Enedis, lapor Anadolu Ajansi.
Gangguan bekalan elektrik dilaporkan di beberapa wilayah barat ketika angin kencang membadai negara itu dari Khamis malam hingga pagi Jumaat. Di jabatan Manche, angin sekencang 213 kilometer sejam direkodkan di bandar Gatteville, menurut penyiar BFMTV.
Kerosakan besar dilaporkan di Normandy, apabila pokok tumbang menghalang jalan raya dan merosakkan talian elektrik, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan elektrik berskala besar. Perkhidmatan kecemasan bekerja sepanjang malam untuk membersihkan kawasan yang terjejas dan memulihkan akses ke lokasi terjejas.
Perkhidmatan kereta api turut terjejas teruk. Pengendali kereta api nasional Perancis, SNCF, memaklumkan, beberapa perkhidmatan tren dibatalkan di seluruh Perancis utara akibat keadaan cuaca buruk dan menasihatkan penumpang agar menyemak kemas kini sebelum melakukan perjalanan.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, sekurang-kurangnya enam orang mengalami kecederaan ringan di seluruh negara, namun mengesahkan tiada kecederaan serius dilaporkan semasa ribut itu melanda setakat 8 pagi waktu tempatan (0700 GMT).
Meteo-France memaklumkan, kebanyakan amaran angin kencang di seluruh negara ditarik balik menjelang pagi Jumaat, dengan hanya jabatan Landes dan Pyrenees-Atlantiques kekal di bawah amaran oren bagi angin kencang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ribut Goretti
#Perancis
#gangguan bekalan elektrik
#angin kencang
#grid kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan