TOKYO: Kira-kira 20,000 penduduk di wilayah Kagoshima dan di wilayah Miyazaki di barat daya Jepun dinasihatkan supaya berpindah susulan ribut tropika dijangka membadai wilayah itu, lapor Sputnik memetik NHK TV pada Selasa.

Tahap amaran di Kagoshima dianggarkan pada tahap empat daripada keseluruhan lima peringkat amaran.

Di bawah tahap empat bermakna terdapatnya keperluan untuk berpindah ke tempat perlindungan sementara.

Wilayah Miyazaki pula diletakkan di bawah tahap tiga iaitu memindahkan terlebih dahulu warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Taufan Khanun sudah pun menghampiri Pulau Kyushu di barat daya Jepun, manakala satu lagi ribut tropika iaitu Taufan Lan diramal membadai bahagian tenggara negara itu.

-- BERNAMA