WASHINGTON: Penilaian risikan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kepimpinan Iran masih utuh dan tidak berdepan risiko tumbang dalam masa terdekat, menurut laporan agensi berita Reuters yang memetik tiga sumber biasa dengan perkara itu.
Sumber yang mendedahkan penemuan tersebut berkata pelbagai laporan perisikan menyediakan analisis konsisten bahawa Iran tidak berada dalam bahaya kejatuhan dan kekal mengawal rakyatnya.
Advertisement
Penilaian terbaharu itu dilaporkan siap dalam tempoh beberapa hari lepas.
Laporan risikan tersebut menonjolkan daya tahan kepimpinan politik Iran meskipun selepas pembunuhan Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei pada 28 Februari lalu, iaitu hari pertama serangan AS-Israel bermula.
Seorang pegawai kanan Israel turut mengakui bahawa tiada kepastian peperangan ini akan membawa kepada kejatuhan kerajaan Iran secara keseluruhan.
Analisis ini dilihat bercanggah dengan jangkaan awal sesetengah pihak bahawa kempen ketenteraan besar-besaran di bawah "Operation Epic Fury" akan mencetuskan ketidakstabilan domestik yang mampu menggugat penguasaan Tehran.