awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

Rundingan ekonomi dan perdagangan China-AS capai kemajuan signifikan

Bernama
Bernama
12/05/2025
08:36 MYT
Rundingan ekonomi dan perdagangan China-AS capai kemajuan signifikan
Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara terus terang dan menyeluruh, serta mencapai persetujuan penting. - Reuters
GENEVA: China dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan peringkat tinggi mengenai hal-ehwal ekonomi dan perdagangan di Geneva, Switzerland dari 10 hingga 11 Mei .
Ketua wakil China bagi rundingan itu, yang juga Naib Perdana Menteri, He Lifeng dalam sidang taklimat yang diadakan pada Ahad malam berkata, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara terus terang dan menyeluruh, serta mencapai persetujuan penting, dan rundingan berkenaan mencapai kemajuan signifikan.
"China dan AS bersetuju untuk membina mekanisme perbincangan mengenai hal-ehwal ekonomi dan perdagangan. Butiran lanjut akan diperincikan dengan secepat mungkin, manakala kenyataan bersama mengenai rundingan kali ini akan diumumkan pada Isnin," kata He.
Beliau berkata, rundingan kali ini mendapat perhatian tinggi oleh masyarakat antarabangsa. Dengan usaha bersama kedua-dua pihak, rundingan kali ini mencapai kemajuan penting ke arah penyelesaian pertikaian melalui dialog sama rata.
"Ini meletakkan asas kukuh dan membina syarat baik untuk kedua-dua pihak merapatkan jurang percanggahan dan meningkatkan kerjasama bagi fasa seterusnya," ujar He.
He menyatakan bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan AS bukan sahaja amat penting bagi kedua-dua negara, malah juga memberi kesan besar bagi kestabilan ekonomi dan pembangunan dunia.
Beliau menegaskan bahawa China bersedia bersama AS untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara pada 17 Januari lepas, mengadakan dialog yang ikhlas, berunding secara sama rata, mengawal percanggahan pendapat, meneroka potensi kerjasama, menambah senarai kerjasama, memperkasakan kerjasama bagi mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS mencapai kemajuan baharu, sekali gus menyuntik lebih banyak kestabilan dan kepastian kepada ekonomi dunia.
--BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#rundingan perdagangan
#ekonomi
#China
#Amerika Syarikat
#He Lifeng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.