awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2023
23:30 MYT
Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun
Ini bakal menjadikan perkahwinan kelima Pengerusi Fox Corp yang berusia 92 tahun itu. - Foto fail/REUTERS
JUTAWAN media Rupert Murdoch selamat mengikat tali pertunangan dengan bekas paderi polis San Francisco Ann Lesley Smith.
Berita gembira itu disahkan jurucakap Murdoch pada Isnin.
Ini bakal menjadikan perkahwinan kelima Pengerusi Fox Corp yang berusia 92 tahun itu.
Kedua-dua pasangan ini bertemu pada bulan September tahun lalu dalam satu acara di ladang anggur Murdoch di California, Amerika Syarikat (AS).
"Saya amat takut untuk jatuh cinta lagi tapi saya tahu ini merupakan kali terakhir. Saya sangat gembira," katanya kepada New York Post.
Murdoch menceraikan isteri keempatnya Jerry Hall tahun lepas.
Smith juga pernah berkahwin kepada seorang penyanyi dan eksekutif radio dan TV, Chester Smith sebelum suaminya meninggal dunia 14 tahun lalu.
"Ini merupakan satu hadiah daripada Tuhan. Kami bertemu pada bulan September tahun lepas," katanya kepada New York Post.
Perkahwinan mereka bakal diadakan pada musim panas tahun ini.
Sebelum ini Murdoch pernah berkahwin dengan seorang pramugari Patricia Booker, seorang wartawan Anna Man selain usahawan kelahiran China Wendi Deng.
Murdoch mempunyai enam anak daripada ketiga-tiga perkahwinan ini.
Topic Berkaitan
#Rupert Murdoch
#Ann Lesley Smith
#pertunang
#berkahwin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan