awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia beri isyarat sedia nilai semula hubungan dengan AS di bawah kepimpinan baharu

Bernama
Bernama
07/11/2024
14:08 MYT
Rusia beri isyarat sedia nilai semula hubungan dengan AS di bawah kepimpinan baharu
Lavrov menegaskan keterbukaan Rusia untuk berdialog, khususnya dalam konteks interaksi dengan pentadbiran AS yang akan datang. - Reuters
MOSCOW: Rusia menunjukkan kesediaan untuk menilai semula hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) sekiranya dijemput untuk berbincang secara adil, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
Dalam sidang media di Astana, Kazakhstan selepas pertemuan dengan presiden dan menteri luar Kazakhstan, Lavrov menegaskan keterbukaan Rusia untuk berdialog, khususnya dalam konteks interaksi dengan pentadbiran AS yang akan datang.
"Kami tidak pernah menolak hubungan dengan sesiapa kerana bagi kami, perbincangan sentiasa lebih baik daripada pengasingan," katanya.
Dalam pilihan raya presiden AS pada 5 Nov, calon Republikan Donald Trump menewaskan Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris, dengan memperoleh 294 undi Badan Perwakilan Pemilih.
"Kita lihat nanti. Jika ada cadangan dan saya ulangi, bukan kami yang memutuskan hubungan ini, jadi bukan di pihak kami untuk mencadangkan ia disambung semula.
"Namun, jika ada inisiatif untuk duduk berbincang dengan jujur, tanpa tuntutan sebelah pihak, tentang keadaan kita kini dan langkah ke hadapan, kami bersedia untuk turut serta," katanya.
Ketika ditanya mengenai pelantikan duta, Lavrov menyuarakan keyakinan bahawa pentadbiran AS yang baharu akan melantik duta ke Rusia, dan beliau menegaskan bahawa Moscow tidak akan menghalang proses berkenaan.
"Bagi duta Rusia yang baharu ke AS, proses pemilihan sedang berlangsung mengikut prosedur standard dan akan selesai tidak lama lagi. Kami akan memaklumkan tentang perkara ini," katanya.
Pada 10 Okt, Presiden Rusia Vladimir Putin memecat Anatoly Antonov yang telah berkhidmat sebagai duta ke AS sejak 2017, tanpa menamakan pengganti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Amerika Syarikat
#Sergey Lavrov
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan