awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Protes merebak ke Surabaya, ratusan penunjuk perasaan kepung Gedung Negara Grahadi

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2025
10:49 MYT
Rusuhan Indonesia: Protes merebak ke Surabaya, ratusan penunjuk perasaan kepung Gedung Negara Grahadi
Ratusan penunjuk perasaan mengepung Gedung Negara Grahadi di Surabaya menuntut keadilan atas kematian Affan Kurniawan. -Foto media sosial/X zzz.ceg @cacakharisma_f
SURABAYA: Gelombang protes susulan kematian tragis penunggang ojek dalam talian, Affan Kurniawan, merebak ke Surabaya apabila ratusan peserta demonstrasi mengepung Gedung Negara Grahadi petang Jumaat untuk menuntut keadilan.

Ringkasan AI
  • Ratusan penunjuk perasaan mengepung Gedung Negara Grahadi di Surabaya menuntut keadilan atas kematian Affan Kurniawan, penunggang ojek yang dilanggar kenderaan Brimob.
  • Protes disertai penunggang ojek, aktivis mahasiswa dan masyarakat awam, dengan lima tuntutan termasuk pemecatan anggota terlibat dan jaminan keselamatan.
  • Ketegangan berlaku apabila peserta merempuh pagar dan polis menyuraikan mereka dengan gas pemedih mata dan meriam air, menyebabkan beberapa kecederaan ringan.

Sejak jam 2 petang waktu tempatan, kumpulan penunjuk perasaan terdiri daripada penunggang ojek, aktivis mahasiswa dan masyarakat awam mula berkumpul di Jalan Gubernur Suryo sambil membawa sepanduk mendesak siasatan menyeluruh dan menghentikan kekerasan pihak berkuasa.
Mereka turut menyanyikan lagu patriotik dan melaungkan slogan menuntut reformasi pasukan keselamatan.
Situasi depan gedung negara grahadi Surabaya, massa ditembak gas air mata. pic.twitter.com/UtRJFtwmMk
— Junto (@Jumianto_RK) August 29, 2025
Keadaan menjadi tegang apabila beberapa peserta bertindak merempuh pagar kawat berduri dan melempar objek ke arah pasukan keselamatan.
Polis bertindak balas dengan menyuraikan peserta menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Beberapa kenderaan rosak dan belasan penunggang ojek dilaporkan cedera ringan.
Koordinator protes, Zaldi Ramadhan, menyampaikan lima tuntutan utama kepada pihak berkuasa, termasuk pemecatan anggota Brimob (Mobile Brigade) yang terlibat dalam insiden pelanggaran, pemberian pampasan kepada keluarga mangsa, serta jaminan keselamatan bagi penunggang ojek dalam menjalankan tugas harian.
Affan Kurniawan, 21, maut selepas dilanggar kenderaan taktikal Brimob ketika menghantar pesanan makanan semasa demonstrasi di Jakarta pada Khamis malam.
Insiden tersebut mencetuskan kemarahan meluas dan menjadi simbol perjuangan masyarakat akar umbi menuntut keadilan serta reformasi institusi.
Setakat jam 6 petang, peserta demonstrasi masih bertahan di sekitar kawasan Grahadi, manakala pihak berkuasa terus bersiaga bagi mengawal keadaan.
Topic Berkaitan
#Penunjuk perasaan
#gas pemedih mata
#Surabaya
#Gedung Negara Grahadi
#Affan Kurniawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan