awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saintis temukan ulat mealworm untuk tangani sisa plastik

Bernama
Bernama
29/10/2024
03:10 MYT
Saintis temukan ulat mealworm untuk tangani sisa plastik
Penyelidik Fathiya Khamis berkata, saintis menguji keupayaan ulat mealworm kecil untuk memakan polistirena. - Foto ICIPE
NAIROBI: Para saintis di Pusat Fisiologi dan Ekologi Serangga Antarabangsa (ICIPE) yang berpangkalan di Nairobi pada Isnin mengumumkan penemuan yang menjanjikan bagi menangani masalah sisa plastik melalui ulat mealworm kecil.
Saintis di ICIPE mendapati larva spesies kumbang gelap yang dikenali dengan nama saintifik "Alphitobius" mampu memakan plastik yang menyumbang kepada pencemaran global, lapor Xinhua.
Saintis kanan ICIPE dan ketua penyelidik kajian, Fathiya Khamis berkata penyelidik juga telah mengenal pasti satu konsortium bakteria penting dalam usus mealworm yang membantu dalam pencernaan plastik.
"Walaupun sering dianggap sebagai cacing biasa, mealworm ialah larva kumbang gelap. Di seluruh dunia, larva spesies kumbang gelap yang dipanggil "Tenebrio molitor" digunakan untuk menguraikan plastik secara biodegradasi," kata Khamis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Nairobi.
Beliau berkata bahawa walaupun Afrika hanya menghasilkan lima peratus dan menggunakan empat peratus plastik global, terdapat peningkatan dalam penggunaan plastik sekali guna, menjadikan benua itu kedua paling tercemar.
Khamis berkata saintis menguji keupayaan ulat mealworm kecil untuk memakan polistirena.
"Pengetahuan ini boleh dimanfaatkan untuk menangani pencemaran sisa plastik sambil memaksimumkan manfaat mealworm, yang merupakan sebahagian daripada populasi serangga yang kaya dengan nutrien dan boleh dimakan," kata Abdou Tenkouano, ketua pengarah ICIPE.
Spesies kumbang gelap. - Foto ICIPE
Spesies kumbang gelap. - Foto ICIPE
Beliau berkata kajian ICIPE juga memperluaskan pengetahuan mengenai bioremediation, iaitu penggunaan mikroorganisma untuk membersihkan ekosistem yang tercemar, termasuk tanah dan air bawah tanah.
Penyelidik bersama, Evalyne Ndotono berkata pasukan penyelidik sedang menjalankan kajian tambahan untuk memahami proses mealworm memakan polistirena serta untuk mengetahui sama ada ia memperoleh sebarang manfaat pemakanan daripada bahan itu.
Beliau menjelaskan bahawa sisa polistirena berasal daripada aplikasi komersial bentuk paling biasa, Styrofoam, yang digunakan dalam bekas penyimpanan makanan, pembungkusan peralatan, pinggan dan cawan pakai buang, serta penebat dalam pembinaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ulat mealworm
#sisa plastik
#Nairobi
#ICIPE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan