DUNIA
Sebahagian komponen sayap pesawat Boeing 737 Delta Air Lines tertanggal ketika penerbangan
ISTANBUL: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) melancarkan siasatan selepas sebahagian komponen kepak sayap sebuah pesawat Boeing 737 tertanggal sebelum mendarat di Texas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Pesawat dalam perjalanan dari Orlando ke Austin-Bergstrom, Texas, mengalami kerosakan pada bahagian tepi belakang sayap kiri sebelum mendarat.
- Delta mengesahkan kepak sayap tidak berada pada kedudukan sepatutnya dan telah mengeluarkan pesawat daripada perkhidmatan untuk penyelenggaraan.
- Pesawat membawa 62 penumpang dan enam kru. Tiada kecederaan dilaporkan, dan Delta berjanji akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
"Seorang wanita di hadapan membuka penutup tingkap dan memberitahu kami ia rosak.
"Saya juga membukanya dan terus rasa takut," kata penumpang Shanila Arif kepada CNN.
Delta dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa "sebahagian kepak di sayap kiri tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya".
Pesawat itu telah dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk penyelenggaraan.
Penerbangan itu membawa 62 penumpang dan enam kru. Tiada kecederaan dilaporkan.
Delta turut memaklumkan akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan FAA.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami