awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenderaan rosak dibaling batu dari jambatan, polis giat kesan pelaku
Pasukan pengaman PBB lapor tembakan Israel di selatan Lubnan
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter

Bernama
Bernama
15/01/2025
05:45 MYT
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
SEC mendakwa bahawa Musk mula membeli saham Twitter pada awal 2022 dan melepasi had lima peratus pada 14 Mac 2022. - Gambar fail
WASHINGTON: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) pada Selasa mengumumkan bahawa ia menyaman jutawan teknologi Elon Musk, mendakwa beliau gagal mengisytiharkan secara tepat pemilikannya terhadap lebih lima peratus saham Twitter sebelum mengambil alih syarikat itu pada 2022, lapor agensi berita Jerman (dpa).
SEC mendakwa bahawa Musk mula membeli saham Twitter pada awal 2022 dan melepasi had lima peratus pada 14 Mac 2022. Mengikut undang-undang, beliau sepatutnya mengisytiharkan fakta itu secara terbuka dalam tempoh 10 hari kalendar, tetapi beliau tidak mengumumkan bahawa beliau telah memegang sembilan peratus syarikat itu sehingga 4 April, iaitu 11 hari lewat, kata SEC.
Menurut fail SEC, harga saham Twitter melonjak 27 peratus selepas pengisytiharan tersebut. Agensi itu menganalisis pembelian Musk dan menyimpulkan bahawa beliau "membayar kurang sekurang-kurangnya AS$150 juta untuk pembelian saham biasa Twitter pada tempoh itu."
Pemegang saham yang menjual saham mereka kepada Musk sepanjang tempoh itu dilaporkan mengalami kerugian kewangan, dakwa saman itu.
SEC menuntut agar Musk membayar kembali jumlah tersebut - ditambah dengan denda tambahan.
Peguam Musk, Alex Spiro, menangkis dakwaan itu dengan menyatakan bahawa jutawan teknologi itu "tidak melakukan apa-apa kesalahan." Dalam kenyataan kepada perkhidmatan kewangan Bloomberg, beliau juga menyebut mengenai "kempen gangguan bertahun-tahun" oleh SEC terhadap Musk.
Tidak jelas bagaimana tuntutan mahkamah akan diteruskan. Musk adalah orang kepercayaan Donald Trump, yang akan mengangkat sumpah sebagai presiden AS yang baharu pada 20 Jan. Perubahan pentadbiran ini juga akan membawa perubahan kepimpinan di SEC.
Pengerusi SEC yang sedang berkhidmat Gary Gensler telah mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan.
Musk membeli Twitter pada Oktober 2022 dengan harga AS$44 bilion. Beliau kemudian menukar nama platform dalam talian itu kepada X.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat
#saman
#pengambilalihan Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan