Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 20 maut akibat hujan lebat di tenggara Brazil

Firefighters respond to devastated areas in the Parque Burnier neighbourhood of Juiz de Fora, Brazil, on February 24 [Silvia Izquierdo/AP Photo]
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat di kawasan terjejas banjir di kejiranan Parque Burnier, Juiz de Fora, Brazil, 24 Feb 2026. (Foto AP)

SAO PAULO: Hujan lebat yang memecahkan rekod sejak Isnin di tenggara Brazil meragut nyawa sekurang-kurangnya 20 orang, menurut sumber rasmi pada Selasa, lapor Agensi Berita Xinhua.

Di bandar Juiz de Fora di negeri Minas Gerais, 16 orang disahkan maut, 45 lagi dilaporkan hilang dan kira-kira 440 penduduk kehilangan tempat tinggal. Beberapa kilometer dari bandar itu, di Uba, hujan lebat meragut empat lagi nyawa.

Advertisement

Hujan berterusan turut mencetuskan tanah runtuh, banjir serta runtuhan bangunan. Pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan keadaan bencana awam berikutan tahap kerosakan yang besar.

-- BERNAMA

Must Watch Video