awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas gempa bumi, Lombok kini dilanda Malaria

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/09/2018
13:48 MYT
Selepas gempa bumi, Lombok kini dilanda Malaria
Pesakit hospital dipindahkan ke sebuah khemah di Sanglah General Hospital, Denpasar, Bali susulan gempa bumi di Lombok, Indonesia. - REUTERS
Selepas beberapa siri gempa bumi pada bulan Julai dan Ogos, pihak berkuasa di Indonesia kini mengesahkan Lombok dilanda wabak malaria, dan pulau itu kini diisytiharkan sebagai darurat.
Ketua Agensi Kesihatan Lobok Barat, Rahman Sahnan Putra dilaporkan Reuters sebagai berkata, 128 orang termasuk wanita dan kanak-kanak telah dijangkiti wabak itu, dan beliau menganggapnya sebagai sesuatu yang luar biasa.
Pihak berkuasa tempatan di Lombok memohon bantuan 3.4 bilion Rupiah (RM90,000) dari kerajaan Indonesia bagi urusan pembelian kelambu nyamuk, kit ujian serta bagi melicinkan urusan tindak balas kecemasan, katanya.
Ujarnya lagi, kebanyakan mereka yang dijangkiti wabak itu tidak mendapat rawatan yang sempurna dan mereka sehingga ke hari ini masih tinggal khemah, tanpa saliran dan bekalan air yang sempurna.
Dalam kejadian gempa bumi di Lombok baru-baru ini, 500 orang dianggarkan terkorban dan nilai kerugian dianggarkan sekitar lima trilion Rupiah (RM1.39 bilion), ekoran kerosakan teruk pada hospital, infrastruktur awam serta bangunan lain di pulau itu.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#Lombok
#malaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan