MOSCOW: Senat Perancis pada Khamis meluluskan draf untuk meningkatkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun, yang menjadi punca utama protes di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu, lapor media Perancis.

Seramai 201 Ahli Parlimen menyokong peruntukan itu manakala 115 lagi menentang, lapor Sputnik memetik laporan BFMTV.

Peruntukan meningkatkan umur persaraan adalah sebahagian daripada draf undang-undang mengenai pencen, yang kini sedang dipertimbangkan oleh parlimen.

Senat dijangka mempertimbangkan keseluruhan draf undang-undang sehingga 12 Mac, sebelum dihantar ke Dewan Negara untuk diluluskan.

Pada Selasa, kira-kira 1.2 juta pekerja membabitkan hampir semua sektor ekonomi Perancis, termasuk tenaga dan pengangkutan mengadakan protes di seluruh negara.

-- BERNAMA