awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Bernama
Bernama
07/04/2025
15:26 MYT
Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Dalam serangan sama, seorang orang awam turut terkorban manakala sembilan wartawan lain cedera. - Foto REUTERS
ANKARA: Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza awal pagi Isnin, menjadikan jumlah wartawan yang terbunuh sejak Oktober 2023 meningkat kepada 210 orang, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa tempatan.
Pejabat Media Kerajaan Gaza mengenal pasti wartawan yang terbunuh sebagai Helmi Al-Faqawi, seorang wartawan bagi agensi berita Palestine Today, terbunuh dalam serangan ke atas khemah wartawan berhampiran Hospital Nasser di bandar Khan Younis, selatan Gaza.
Dalam serangan sama, seorang orang awam turut terkorban manakala sembilan wartawan lain cedera.
"Kami merayu kepada Persekutuan Wartawan Antarabangsa, Kesatuan Wartawan Arab dan semua badan media antarabangsa untuk mengecam jenayah sistematik terhadap wartawan dan petugas media Palestin di Gaza," menurut kenyataan pejabat media berkenaan.
Tentera Israel memperbaharui serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 18 Mac lalu, yang setakat ini meragut lebih 1,300 nyawa, mencederakan 3,200 orang serta menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada Januari lalu.
Minggu lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar meningkatkan serangan ke atas Gaza seiring usaha pelaksanaan pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang bertujuan memindahkan penduduk Palestin dari wilayah itu.
Sejak Oktober 2023, lebih 50,700 rakyat Palestin - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak - terbunuh dalam serangan berterusan Israel ke atas wilayah terkepung itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#wartawan Palestin
#Gaza
#serangan Israel
#Terbunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan