TOKYO: Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan pelancong di bandar Nara barat Jepun, Sputnik memetik laporan media Jepun.

Pemandu berusia 79 tahun yang merupakan pemilik kedai cenderamata tempatan dikatakan merempuh sekumpulan pelancong pada Ahad, lapor stesen penyiar NHK.

Akibat kejadian itu, seorang pelancong Taiwan mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia tiga jam kemudian.

Sementara itu, seorang lagi mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang.

Pemandu itu telah ditahan atas kesalahan memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian.

-- BERNAMA