awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga emas rentung teksi dinaiki untuk ziarah anak kemalangan, terbakar

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
28/11/2024
08:10 MYT
Pasangan warga emas rentung teksi dinaiki untuk ziarah anak kemalangan, terbakar
Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, Husali Umar, 84, dan Mastura Said, 61, selain pemandu teksi S. Subbramaniam, 71, rentung selepas terperangkap dalam kereta berkenaan. - Gambar/ JBPM
JASIN: Perjalanan pasangan suami isteri untuk ke rumah anak berakhir tragedi apabila teksi dinaiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di Kampung Lanchang, Jalan Jasin-Merlimau di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, Husali Umar, 84, dan Mastura Said, 61, selain pemandu teksi S. Subbramaniam, 71, rentung selepas terperangkap dalam kereta berkenaan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati teksi jenis Proton Iswara itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok jambatan.
“Ketika kejadian, pasangan warga emas itu dalam perjalanan dari arah Semujuk, Jasin menuju ke Merlimau untuk menziarahi anak mereka.
"Rempuhan kuat mengakibatkan teksi berkenaan terbakar dan kesemua mangsa rentung di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran tangki gas asli (NGV) yang dipasang pada kenderaan itu akibat daripada kemalangan berkenaan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Jasin.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#rentung
#kasih ibu dan bapa
#teksi terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan