awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan

Bernama
Bernama
24/11/2024
03:45 MYT
Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah lori bergerak mengundur dan melintang di tengah jalan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terjatuh ketika cuba mengelak lori itu. - Gambar/ FB @Nor Fazzlan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori yang mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut, di Jalan Kerinchi di sini pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata pemandu lori berusia 32 tahun itu ditahan pada sebelah petangnya di perkarangan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata kejadian berlaku semasa pemandu lori berkenaan memberhentikan lorinya dalam sebuah kawasan tapak pembinaan untuk mengisi minyak brek, apabila tiba-tiba lori itu bergerak secara mengundur dengan sendiri lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama sebelum melanggar sebuah motosikal.
"Penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 32 tahun yang hilang kawalan semasa cuba mengelak lori terbabit, telah terjatuh lalu terperosok ke bawah tayar bahagian belakang sebelah kanan lori, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.
Mohd Zamzuri berkata sebuah kereta yang melalui kawasan itu turut dilanggar lori berkenaan, yang menyebabkan pemandunya mengalami kecederaan pada bahagian dahi.
Terdahulu, tular satu video yang memaparkan sebuah lori bergerak mengundur dan melintang di tengah sebuah jalan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terjatuh ketika cuba mengelak lori itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lori mengundur
#kemalangan maut
#Tular
#pemandu lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan