ISTANBUL: Empat orang, termasuk tiga wanita, terkorban dalam serangan dron Israel di selatan Lubnan pada Isnin, di sebalik perjanjian rangka kerja yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media Lubnan.
Dron berkenaan melepaskan satu peluru berpandu ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak berhampiran sebuah institut latihan guru di Bandar Nabatieh al-Fawqa, mengorbankan empat individu, lapor agensi berita rasmi NNA.
Israel terus melancarkan serangan hampir setiap hari di Lubnan walaupun perjanjian rangka kerja tajaan AS telah ditandatangani pada 26 Jun lepas antara Lubnan dan Israel, yang memperuntukkan pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari seluruh wilayah Lubnan, bermula dengan dua zon perintis yang tidak dinyatakan.
-- BERNAMA-ANADOLU