awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Paris: Individu paling dikehendaki di Eropah ditahan di Brussels

AFP
AFP
19/03/2016
03:37 MYT
Serangan Paris: Individu paling dikehendaki di Eropah ditahan di Brussels
Abdeslam bertanggungjawab membawa penyerang berani mati ke salah satu lokasi serang, Stade de France. - Sumber foto Police Nationale/AP
Suspek serangan di Paris, Salah Abdeslam yang juga merupakan lelaki paling dikehendaki di Eropah telah berjaya ditangkap dalam satu serbuan di ibu negara Belgium pada Jumaat.
Abdeslam, 26, dan empat lagi suspek ditahan di kawasan kejiranan Molenbeek, Brussels dilaporkan membantu merancang serangan di Paris pada 13 November lalu. Tragedi berdarah di ibu negara Perancis itu telah mengorbankan 130 individu manakala 350 lagi tercedera.
Abdeslam dilaporkan mengalami kecederaan di kaki dalam serbuan yang membabitkan sekumpulan anggota keselamatan bersenjata di Brussels.
Kerajaan Perancis mengesahkan pihak mereka akan menyegerakan proses ekstradisi.
“Perang menentang keganasan tidak berakhir malam ini, biarpun ini merupakan satu kejayaan,” Presiden Perancis Francois Hollande berkata dalam satu sidang akhbar di Brussel bersama Perdana Menteri Belgium, Charles Michel.
Hollande, yang masa depannnya sebagai Presiden akan ditentukan berdasarkan bagaimana dia menangani kes serangan pengganas itu memberitahu, Paris akan meminta pihak Belgium menghantar Abdeslam pulang ke Perancis secepat mungkin.
Perancis telah diisytiharkan dalam keadaan darurat sejak serangan berdarah itu dan akan berlanjutan sehingga 26 Mei ini.
BACA: 1 maut, 4 anggota polis cedera dalam operasi buru suspek serangan Paris
BACA: Pihak berkuasa Belgium tahan 16 individu, Salah Abdeslam masih diburu
BACA: Identiti lima suspek serangan Paris: Apa yang telah diketahui
Penyiasat percaya Abdeslam telah menyewa sebuah kereta dalam serangan berkenaan untuk membawa penyerang berani mati ke salah satu lokasi serangan di Stade de France.
Beliau sepatutnya meletupkan diri sendiri selepas itu, namun tidak melakukannya. Selepas serangan berlaku, Abdeslam ipercayai melarikan diri ke sempadan pagi keesokannya, sebelum dikenal pasti berada di Brussels oleh pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#Charles Michel
#gerakan memburu suspek
#Polis Belgium dan Perancis
#Salah Abdeslam
#serangan Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan