awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Rusia, Ukraine harap tindak balas tegas negara Barat

Agensi
Agensi
30/03/2025
06:45 MYT
Serangan Rusia, Ukraine harap tindak balas tegas negara Barat
Zelenskiy berkata, Ukraine berharap agar ada tindak balas tegas dari negara-negara Barat terhadap serangan dron Rusia yang berlaku hampir setiap hari di negara itu.- Reuters
NAYPYIDAW: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, Ukraine berharap agar ada tindak balas tegas dari negara-negara Barat terhadap serangan dron Rusia yang berlaku hampir setiap hari di negara itu.
Zelensky dalam ucapannya pada Sabtu memaklumkan sebanyak 172 dron telah dihantar ke Ukraine dalam tempoh semalaman.
"Rakan di negara Barat harus memahami bahawa serangan Rusia ini bukan sahaja menyasarkan rakyat, tetapi juga semua usaha antarabangsa, usaha diplomatik yang bertujuan untuk menamatkan perang ini.
"Rusia menyerang semua orang yang berusaha untuk menamatkan perang. Kami mengharapkan tindak balas, tindak balas yang serius. Kami sedang berusaha untuk memastikan terdapat reaksi yang kuat, terutamanya dari Amerika, Eropah dan pihak-pihak yang bergantung kepada diplomasi," katanya.
Awal bulan ini, Ukraine menghulurkan tawaran perdamaian dengan Rusia dan berkeyakinan ia boleh dicapai sekiranya Moscow bersetuju dengan syarat-syarat tertentu.
Zelensky juga menegaskan, bahawa tiada dendam terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump susulan pertemuan tegang antara kedua-dua pemimpin minggu lalu, sambil mengucapkan terima kasih atas kepemimpinan Trump serta penghantaran senjata kepada Ukraine.
Topic Berkaitan
#Moscow
#Volodymyr Zelenskiy
#Russia
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan