awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan senjata kimia ragut 1600 nyawa

Wan Mahazir Wan Mahamud
Wan Mahazir Wan Mahamud
22/08/2013
04:03 MYT
Serangan senjata kimia ragut 1600 nyawa
Sekurang-kurangnya 1600 maut dalam serangan didakwa menggunakan senjata kimia di beberapa perkampungan di pinggir Damsyik. Menurut pembangkang Syria serangan berkenaan dilancarkan tentera kerajaan. Ketua Turus Tentera Pembebasan Syria (FSA), Salem Idris memaklumkan serangan itu menggunakan roket dan mengakibatkan beratus-ratus cedera. Jelasnya, kebanyakan yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Sementara itu, Presiden Majlis Kebangsaan Syria, George Sabra menjelaskan bilangan korban dalam serangan itu mencecah 1300 nyawa. Beliau yang mengadakan sidang media di Istanbul menambah tentera kerajaan menggunakan gas sarin.
http://www.youtube.com/user/MrERBEEN2011?feature=watch
Pasukan doktor yang merawat mangsa memberitahu serangan berlaku pada pagi Rabu. Tentera Syria didakwa melancarkan 15 roket berisi gas sarin ke atas beberapa perkampungan dan mengakibatkan ramai kanak-kanak dan wanita yang terbunuh. Menurut Rangakaian Berita Syam, roket kimia itu mula menggempur sasaran sekitar jam 2.45 pagi waktu tempatan di Jobar, Zamlaka dan Aik Turma yang dikuasai pembangkang ketika penduduk sedang nyenyak tidur. Ia mengakibatkan ramai penduduk lemas dan sesak nafas. Ada di antara mereka yang sempat dikejarkan ke klinik berhampiran.
Susulan insiden berkenaan, aktivis hak asasi manusia di Syria menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang didakwa dilakukan tentera Bashar Al-Assad. Kejadian berlaku ketika pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sedang melakukan siasatan berhubung insiden yang hampir sama di Damsyik. Aktivis Syria turut memuat naik ke laman Youtube rakaman mangsa yang terbunuh selepas serangan dilancarkan. Rangkaian Berita Syam sebelum ini melaporkan lebih 570 mayat ditemui. Ia tidak termasuk penduduk yang dipercayai mati di kediaman masing-masing kerana terhidu gas beracun.
Tentera Syria bagaimanapun menafikan serangan itu menggunakan senjata kimia. Ia sebaliknya mendakwa serangan yang dilancarkan merupakan operasi rutin bagi menghapuskan kumpulan pengganas.
Topic Berkaitan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan