ISTANBUL: Serangan udara Israel menyasarkan 180 kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh sejak Oktober lepas.
Kemudahan itu termasuk beberapa daripadanya yang menjadi sasaran langsung serangan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Ahad.
Dalam satu hantaran di X, Pengarah Komunikasi UNRWA Juliette Touma berkata "seramai 1.4 juta warga Palestin di Gaza berlindung di kemudahan UNRWA dan ramai lagi di kawasan sekitar, tidur di luar".
Dalam satu kenyataan berasingan di X, agensi PBB itu pada Ahad berkata semasa dunia sedang merayakan Sambutan Tahun Baharu, jalan raya di selatan Semenanjung Gaza dipenuhi dengan orang awam mencari perlindungan selepas diusir, lapor Agensi Anadolu.
“Tahun lepas membawa kemusnahan dan tragedi yang mendalam kepada warga Palestin yang menghadapi peperangan, keganasan ekstrem, pengusiran dan kemiskinan,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan lain.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata sekurang-kurangnya 21,822 warga Palestin terbunuh manakala 56,451 lagi cedera sejak 7 Okt.
Serangan Israel telah menyebabkan Gaza musnah, dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah dan hampir dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Mon Jan 01 2024
Rakyat Palestin memeriksa keadaan rumah mereka yang musnah susulan serangan udara Israel ke atas Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza, 31 Dis 2023. (Foto AP)
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
Finland umum sambung pembiayaan untuk UNRWA
Keputusan ini selepas Suruhanjaya Eropah mengumumkan awal bulan ini ia akan menyumbang EUR50 juta untuk pembiayaan UNRWA.
Malaysia akan beri sumbangan tambahan RM10 juta kepada UNRWA - Wisma Putra
Malaysia akan membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta (US$2.1 juta) kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat.
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
Ramadan hadir ketika “kebuluran melampau” merebak di Gaza - Ketua UNRWA
"Bulan ini sepatutnya membawa gencatan senjata kepada mereka yang telah lama menderita."
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.
Mesir iktiraf, sokong usaha Malaysia hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr menekankan peri pentingnya untuk seluruh umat Islam bersatu bagi membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
OIC perlu bekerjasama dengan negara sepemikiran untuk selesai isu Palestin
Malaysia telah meningkatkan usaha-usaha diplomatik dan perundangan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin.
Israel dakwa 450 petugas UNRWA anggota Hamas
Daniel Hagari mendakwa sejumlah 450 kakitangan agensi itu merupakan anggota pejuang Hamas di Gaza.
Pasukan penyiasat tunggu bukti Israel berhubung dakwaan ke atas UNRWA
Badan penyiasat bebas ini ditubuhkan sebaik sahaja beberapa negara menggantung dana kepada UNRWA susulan dakwaan Israel itu.