STOCKHOLM: Sweden umum menyambung semula dana bantuan kepada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin (UNRWA).

Sebagai permulaan, negara itu memaklumkan akan salur AS$19 juta dengan peruntukan tahunan berjumlah AS$38 juta.

Pengumuman ini menyusul selepas Kanada turut ambil langkah sama.

Aa juga dibuat selepas UNRWA bersetuju melaksanakan pemeriksaan ketat ke atas perbelanjaan dan kakitangannya.

Sweden dan Kanada adalah antara 16 negara yang menggantung dana kepada UNRWA, selepas dakwaan Israel kakitangan agensi itu terlibat dalam serangan kumpulan pejuang Hamas pada 7 Oktober.

Dakwaan itu kini disiasat PBB dengan Menteri Luar Perancis mengetuai penilaian semula ke atas UNRWA.

PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.

UNRWA adalah agensi PBB paling besar beroperasi di Gaza.

Ia menyediakan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan bantuan kemanusiaan dengan 13,000 kakitangan.

Suruhanjaya Eropah awal bulan ini umum akan menyalurkan AS$54 juta kepada dana UNRWA.

Sweden merupakan penyumbang keempat terbesar kepada bajet agensi itu.