awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serbia, Kosovo setuju kaedah laksana perjanjian normalkan hubungan

Bernama
Bernama
19/03/2023
05:45 MYT
Serbia, Kosovo setuju kaedah laksana perjanjian normalkan hubungan
Perjanjian itu dibuat selepas 12 jam rundingan antara Perdana Menteri Kosovo Albin Kurti, Presiden Serbia Aleksandar Vucic dan pegawai EU berlangsung di Ohrid, Macedonia Utara. -Gambar fail
BELGRADE: Pemimpin Serbia dan Kosovo bersetuju dengan kaedah untuk melaksanakan perjanjian yang disokong Kesatuan Eropah (EU) untuk menormalkan hubungan, kata ketua dasar luar blok itu pada Sabtu.
Perjanjian itu dibuat selepas 12 jam rundingan antara Perdana Menteri Kosovo Albin Kurti, Presiden Serbia Aleksandar Vucic dan pegawai EU berlangsung di Ohrid, Macedonia Utara, lapor Agensi Anadolu.
"Kosovo dan Serbia telah setuju dengan Lampiran Pelaksanaan Perjanjian mengenai kaedah untuk menormalkan hubungan. Pihak-pihak telah komited sepenuhnya untuk menghormati semua artikel perjanjian dan melaksanakan kewajipan masing-masing dengan sebaiknya," kata Josep Borrell kepada pemberita.
Sementara itu, Presiden Serbia berkata: "Beberapa perkara yang telah kita persetujui itu akan menjadi sebahagian daripada rangka kerja rundingan bagi kedua-dua pihak."
Tetapi Perdana Menteri Kosovo berkata Vucic tidak menandatangani perjanjian pelaksanaan pada Sabtu.
"Kini terpulang kepada Kesatuan Eropah bagi mencari mekanisme untuk menjadikan perjanjian itu sah dan terikat," katanya.
Dilancarkan pada 2011, Dialog Belgrade-Pristina yang diketuai EU itu bertujuan untuk mencari penyelesaian yang dipersetujui bersama bagi pertikaian dalam rangka perjanjian yang mengikat secara sah.
Kebanyakan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman dan Turkiye, mengiktiraf Kosovo sebagai negara berasingan selepas ia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia 15 tahun lalu.
Bagaimanapun, Serbia masih terus menganggap Kosovo sebagai wilayahnya.
Perjanjian 11 perkara itu menyeru semua pihak untuk mengekalkan hubungan yang baik dan mengiktiraf dokumen masing-masing seperti pasport dan lesen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Serbia
#Kosovo
#Kesatuan Eropah
#perjanjian damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan