SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan subsidari kos rendahnya, Scoot telah menghentikan penerbangan di ruang udara Iran selepas Iran melancarkan serangan langsung ke atas wilayah Israel buat kali pertama pada Sabtu, menurut laporan media tempatan.
The Straits Times yang memetik Jurucakap SIA berkata kedua-dua SIA dan Scoot menggunakan laluan penerbangan alternatif berkuat kuasa dari 1 tengah hari pada 13 April sebagai langkah berjaga-jaga.
"Kami memantau rapi keadaan di Timur Tengah dan akan melaraskan laluan penerbangan seperti yang diperlukan,"kata jurucakap itu.
Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) melaporkan bahawa Angkatan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) melancarkan sejumlah misil ke atas sasaran tertentu di dalam wilayah diduduki Israel.
IRGC berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap "banyak sekali jenayah" dilakukan Israel, termasuk serangan ke atas Kedutaan Iran di Damsyik minggu lepas.
Menurut laporan media antarabangsa, selain Israel beberapa negara di Asia Barat juga telah menutup sementara ruang udara mereka berikutan peningkatan ketegangan di rantau itu termasuk di Jordan, Iraq dan Lubnan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan subsidari kos rendahnya, Scoot telah menghentikan penerbangan di ruang udara Iran selepas Iran melancarkan serangan langsung ke atas wilayah Israel buat kali pertama pada Sabtu. - Gambar fail/REUTERS
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
SIA, Scoot elak lalu ruang udara Iran berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat
SIA dan Scoot menggunakan laluan penerbangan alternatif berkuat kuasa dari 1 tengah hari pada 13 April sebagai langkah berjaga-jaga.
COVID-19: SIA terbangkan penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech ke Singapura
Penghantaran kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 ke Singapura ini adalah satu pencapaian penting dalam usaha memerangi COVID-19.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini.
Singapore Airlines batalkan tawaran 'penerbangan tanpa hala tuju'
Keputusan itu dibuat hanya selepas dua minggu SIA mengumumkan akan melancarkan konsep penerbangan unik itu yang pada awalnya dijangka mula beroperasi pada Oktober ini.
Keuntungan operasi SIA jatuh 94.5 peratus susulan pandemik COVID-19
Keuntungan operasi kumpulan SIA jatuh sebanyak 94.5 peratus dalam tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2020 kepada S$59 juta disebabkan terutamanya impak COVID-19.
SIA laksana pengurangan kapasiti ketara, tidak operasikan pesawat
SIA akan mengurangkan 96 peratus daripada kapasiti yang pada asalnya dijadualkan hingga akhir April, berikutan lanjutan pengetatan kawalan sempadan di seluruh dunia.
MPFN tidak beri kelulusan projek tebus guna tanah P. Pinang
Khalid berkata, MPFN telah menasihati kerajaan Pulau Pinang melalui 18 nasihat yang digariskan, berserta dengan ulasan dan nasihat-nasihat tambahan daripada beberapa kementerian.
Pesawat Singapore Airlines berpatah balik selepas alami masalah tekanan udara
Pesawat yang dalam tujuan Paris itu terpaksa membuat pusingan terbang selama kira-kira sejam untuk membuang minyak sebelum ia mendarat di Changi.
Singapore Airlines larang penggunaan Samsung Galaxy Note 7
Sebelum ini syarikat penerbangan Qantas dan Virgin (Australia) serta Etihad (UAE) telah mengeluarkan arahan yang sama.
Enjin pesawat Singapore Airlines terbakar ketika mendarat cemas
Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) dalam penerbangan ke Milan, terbakar ketika membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi pagi tadi.