awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura bidas laporan 3,500 individu asing berpendapatan tinggi diberi kerakyatan

Agensi
Agensi
25/04/2023
23:30 MYT
Singapura bidas laporan 3,500 individu asing berpendapatan tinggi diberi kerakyatan
Kementerian Dalam Negeri Singapura menyifatkan laporan kononnya 3,500 individu asing berpendapatan tinggi akan diberikan taraf kerakyatan negara itu pada tahun ini sebagai mengelirukan dan tidak berasas. - Gambar fail REUTERS
SINGAPURA: Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura menyifatkan laporan kononnya 3,500 individu asing berpendapatan tinggi akan diberikan taraf kerakyatan negara itu pada tahun ini sebagai ‘mengelirukan dan tidak berasas’.
Memetik laporan portal berita Channel News Asia (CNA), MHA menegaskan tidak tahu bagaimana Ketua Penyelidik firma New World Wealth, Andrew Amolls yang berpengkalan di Johannesburg, Afrika Selatan memperoleh maklumat sedemikian.
Kenyataan Amolls itu disiarkan oleh akhbar Cina, Lianhe Zaobao pada Khamis lalu.
“Dianggarkan antara 3,000 dan 3,500 individu berpendapatan tinggi dijangkakan akan menjadi warganegara Singapura pada 2023… kebanyakan daripada mereka berasal dari China,” kata Amolls.
Zaobao juga memetik dakwaan firma berkenaan bahawa setiap individu itu memiliki sekurang-kurangnya AS$6 juta nilai kekayaan.
Pihak berkuasa Singapura berkata, kelulusan permohonan menjadi warganegara Singapura bagi tahun 2023 ‘masih belum diputuskan.’
Menurut MHA, pemberian taraf kerakyatan negara itu bergantung pada beberapa faktor termasuk manfaat yang diperoleh Singapura, perniagaan yang diusahakan di Singapura, jumlah rakyat Singapura yang digajikan serta kemampuan individu berkenaan menyesuaikan diri dalam persekitaran masyarakat selain komitmen mereka untuk menetap di negara itu.
Dalam perkembangan sama, laman web penguat kuasa imigresen dan pusat pemeriksaan Singapura dengan jelas menyebut, penilaian permohonan kewarganegaraan Singapura juga dibuat berdasarkan hubungan keluarga mereka dengan warga Singapura, sumbangan ekonomi, kelayakan, usia, profil keluarga dan tempoh masa menetap di negara itu.
MHA turut menegaskan, memiliki kekayaan bersih yang tinggi tidak menjamin pemberian kewarganegaraan.
Topic Berkaitan
#Singapura
#taraf kerakyatan
#individu asing berpendapatan tinggi
#Kementerian Dalam Negeri Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan