awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura catat suhu 36.3 darjah Celsius, tertinggi pada Oktober

Bernama
Bernama
02/11/2023
12:47 MYT
Singapura catat suhu 36.3 darjah Celsius, tertinggi pada Oktober
Pada 9 Oktober, suhu melebihi 35 darjah Celsius direkodkan di beberapa bahagian, dengan 36.3 darjah Celsius dicatat di utara Singapura. - Gambar fail/Pixabay
SINGAPORE: Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) pada Rabu mengumumkan bahawa negara itu merekodkan suhu tertinggi iaitu 36.3 darjah Celsius bagi Oktober, iaitu pada 9 Okt lalu.
Oktober tahun ini menyaksikan suhu maksimum harian melebihi 34 darjah Celsius selama 25 hari, lapor Xinhua.
Pada 9 Oktober, suhu melebihi 35 darjah Celsius direkodkan di beberapa bahagian, dengan 36.3 darjah Celsius dicatat di utara Singapura, menurut MSS.
Ini merupakan suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Singapura pada Oktober, memecah rekod sebelum ini iaitu 35.7 darjah Celsius pada 14 Okt 2001 dan 13 Okt 2019.
Sementara itu, jerebu yang melanda negara itu pada 7 dan 8 Okt kini beransur pulih susulan lebih banyak hujan dicatat pada akhir Oktober, menurut MSS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suhu maksimum
#beransur pulih
#lebih banyak hujan
#MSS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan