awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza

Bernama
Bernama
20/05/2025
21:45 MYT
Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Singapura menggesa agar bantuan kemanusiaan kepada orang awam Palestin di Gaza disambung sepenuhnya dengan serta-merta, serta menyeru pelaksanaan gencatan senjata kemanusiaan segera. - Gambar fail Reuters
SINGAPURA: Singapura menggesa agar bantuan kemanusiaan kepada orang awam Palestin di Gaza disambung sepenuhnya dengan serta-merta, serta menyeru pelaksanaan gencatan senjata kemanusiaan segera susulan peningkatan serangan oleh tentera Israel di kawasan itu.
Jurucakap Kementerian Luar Singapura berkata, republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan memastikan keselamatan orang awam terpelihara.
"Semua tebusan yang masih ditahan oleh Hamas perlu dibebaskan serta-merta. Infrastruktur awam, termasuk kemudahan perubatan serta petugas kesihatan, mesti diberi perlindungan sewajarnya," menurut kenyataan itu pada Selasa.
Singapura turut menggesa semua pihak agar tidak mengambil tindakan unilateral yang boleh menjejaskan proses damai dalam konflik Gaza.
"Konflik ini tidak boleh diselesaikan melalui pengusiran paksa rakyat Palestin secara kekal," tambah kenyataan itu.
Jurucakap itu turut menegaskan bahawa Singapura terus menyokong penyelesaian dua negara menerusi rundingan, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.
Penyelesaian ini disifatkan sebagai satu-satunya jalan yang berdaya maju untuk mencapai penyelesaian menyeluruh, adil dan berkekalan terhadap konflik Israel-Palestin yang telah berlarutan sekian lama.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres pada Isnin turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan serangan udara dan operasi darat di Gaza, yang mengakibatkan ratusan rakyat Palestin terbunuh dalam beberapa hari kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#gencatan senjata
#bantuan kemanusiaan
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan