SINGAPURA: Keutamaan Singapura ketika ini adalah mempercepatkan vaksinasi COVID-19 sebelum membuka semula pintu sempadannya kerana ia menjadi faktor penting ke arah proses pemulihan republik itu, menurut Menteri Kewangan Lawrence Wong.
"Ini adalah isu teras Singapura, kerana kita wujud dan mampu terus berkembang adalah berasaskan kemampuan kita menghubungkan perniagaan dengan pengguna untuk rantau ini dan ke seluruh dunia," katanya Wong menerusi kenyataan berhubung pelan sokongan COVID-19 di parlimen hari ini.
Wong yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai COVID-19 berkata terdapat maklum balas daripada komuniti perniagaan dan pelaburan bahawa Singapura mungkin akan ketinggalan berbanding hab lain yang lebih agresif untuk membuka semula sempadan mereka.
"Kami menyedari kekhuatiran itu. Tetapi kita juga amat berhati-hati kerana andai kita membuka sempadan terlalu awal sebelum mencapai kadar vaksinasi cukup tinggi, kita mungkin berakhir dengan terpaksa berdepan gelombang baharu jangkitan, lonjakan kes hospital dan unit rawatan rapi (ICU), " katanya.
Menurut Wong, Singapura mempunyai kemampuan untuk mencapai kadar liputan vaksinasi tinggi dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.
"Ini membolehkan kita membuka kembali secara progresif dan kembali terhubung dengan dunia," katanya.
Wong menyatakan, Singapura berada di landasan tepat ke arah wawasannya untuk menyuntik vaksin kepada dua pertiga daripada penduduk negara itu menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.
Setakat 3 Julai 2021, Singapura telah memberikan sejumlah 5,706,932 dos vaksin COVID-19 menerusi program vaksinasi.
Jumlah dos yang sudah diberikan adalah sebanyak 5,706,932 dos membabitkan 3,550,181 individu manakala 2,156,751 penduduk sudah menerima dua dos suntikan bagi menyempurnakan rejim vaksinasi.
Menurusi kenyataan kementeriannya, Wong turut mengumumkan pelan sokongan tambahan bernilai S$1.2 bilion yag menurutnya akan dibiayai menerusi sumber yang sudah pun diluluskan pada pembentangan belanjawan tahun ini.
Wong menjelaskan, kementerian berusaha menyusun semula kewangan daripada belanjawan bagi membiayai pakej sokongan itu.
Singapura yang ketika ini menyediakan pelan hala tuju untuk mempersiapkan negara ke arah senario membolehkan rakyat hidup normal sewaktu COVID-19, dijangka akan melaksanakan lebih banyak kelonggaran bagi membolehkan lima orang atau lebih makan bersama, bermula 12 Julai depan.
Republik itu kini berada di "Fasa 3 " pembukaan semula kegiatan ekonomi dan sosialnya.
Menerusi fasa ini, antara aktiviti lebih berisiko seperti makan di kedai dan kegiatan sukan tanpa pelitup muka, hanya dibenarkan kepada dua orang dalam satu kumpulan.
Mengetepikan keadaan luar jangka, Wong berkata, kementerian masih mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) sekurang-kurangnya 4.0 hingga 6.0 peratus tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021
Keutamaan Singapura ketika ini adalah mempercepatkan vaksinasi COVID-19 sebelum membuka semula pintu sempadannya. - Gambar Reuters
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.