SINGAPURA: Singapura bakal memperluaskan 'Vaccinated Travel Lane' (VTL) kepada beberapa negara bermula 29 November ini.

Menurut Kementerian Nesihatan, negara itu akan melancarkan VTL bersama India dan Indonesia bermula 29 November.

Sementara dengan Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 6 Disember.

Bercakap pada sidang media, Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran menjelaskan, Singapura dan India sudah berbincang mengenai pengiktirafan bersama sijil vaksinasi.

Sejak 12 November lalu, India sudah mula mengiktiraf siji vaksinasi yang dikeluarkan Singapura.

Ini bermakna, pengembara dari Singapura yang memasuki India tidak perlu menjalani proses kuarantin selepas tiba di negara itu.

Mereka hanya perlu memantau keadaan kesihatan kendiri selama 14 hari.